Wednesday, 17 February 2016

PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL

Apabila  membuka petempatan di Melaka, Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka menjadi sebuah tapak perdagangan antarabangsa. Pada tahun 1403, Duta Yin Ching telah membawa sebuah prasasti yang mengandungi falsafah kemaharajaan China dalam persoalan akhlak dan politik serta harapan China agar negara yang dilindungi sentiasa dalam kemakmuran. Melaka merupakan kerajaan luar yang pertama yang menerima hadiah seumpama ini. Pada tahun 1405, utusan Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke China dan dengan itu, kedaulatan Melaka diiktiraf dan Prameswara ditabalkan sebagai raja. Selain pengiktirafan, Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dari China.







PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA

Kestabilan politik melaka pada peringkat awal dikatakan bermula daripada kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parameswara yang bijak yang memeritah dan mentadbir politik Melaka.Hal ini kerana parameswara mempunyai pengalaman berpolitik dan mentadbir ,iaitu pengalaman semasa memjadi Raja di Palembang dan Singapura yang membolehkan Parameswara marancang skema untuk memajukan Melaka. Dalam mengawal dan menstabilkan politik,Sultan memainkan peranan yang terpenting .Sultan menduduki heiraki teratas yang berkuasa mutlak,hal ini dapat dilihat kerana Sultan mempunyai kuasa dalam semua perkara.Cotohnya Sultan berhak menjatuhkan apa sahaja hukuman terhadap pesalah dan penderhaka.Pelantikan Sultan adalah bardasarkan keturunan iaitu dimana putera sulung akan menggantikan Sultan dalam pentadbiran negeri selapas kemangkatan sultan. Secara umum, hierarki para pembesar ini adalah seperti berikut:

(a) Bendahara
Bendahara adalah bapa mentua raja. Tokoh yang pertama menjadi Bendahara Melaka bergelar Seri Wak Raja.

(b) Perdana Menteri
Penyandang jawatan ini adalah kerabat diraja juga, iaitu Raja Anum. Gelarannya ialah Seri Amar Diraja. Sejarah Melayu versi tahun 1612 menyebut bahawa tokoh yang kedua menyandang jawatan ini ialah Tun Perpatih Besar anak Tun Perpatih Permuka Bejajar, Bendahara Singapura yang pertama.

(c) Penghulu Bendahari
Penghulu Bendahari adalah menantu Bendahara. Penyandangnya juga adalah daripada kalangan Kerabat diraja, iaitu Raja Kecil Muda dan bergelar Seri Nara Diraja. Seperti yang telah disebutkan lebih awal, pembesar-pembesar utama ini dibantu oleh pembesar-pembesar seperti bentara, sida-sida dan para Biduanda. Kemuncak sistem berkerajaan ini ialah raja. Baginda digelar Raja atau Duli Yang Dipertuan. Gelaran Sultan mula digunakan apabila Seri Maharaja menjadi Raja Melaka yang ketiga dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Baginda dikelilingi oleh kerabatnya sendiri yang termasuk keluarganya, seorang Bendahara dan penghulu Bendahari terawal yang merupakan adinda raja kerabat yang terhampir. Tome Pires melaporkan bahawa ketika Parameswara berangkat dari Muar ke Melaka, baginda pernah berkata, “with my wife and house” Sistem Pentadbiran Melaka semakin berkembang dan bersistematik selaras dengan perkembangan dan kekompleksan kerajaannya. Bilangan para pembesar yang paling asas yang diwarisi sejak zaman Singapura dahulu bertambah dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan kehendak dan kehendak sosial, politik dan ekonomi semasa. Raja Melaka yang kedua, Raja Besar Muda ( Megat Iskandar Syah ) disebut oleh Sejarah Melayu sebagai ‘memerintah istiadat takhta kerajaan baginda’. Antara peraturan yang ditentukan oleh baginda ialah mewujudkan menteri yang bertanggungjawab menyusun istiadat di Balairung, melantik para bentara yang bertugas di Balairung dan melantik para biduanda.Tokoh yang memainkan peranan untuk melengkapkan lagi istiadat dan sistem pentadbiran ialah Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah, 1424-1444 T.M.)

Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah Temenggung dan Seri Bija Diraja. Keadaan pada masa itu memerlukan kedua-dua jawatan ini diwujudkan kerana masyarakat serta corak bandar Melaka yang semakin kompleks. Oleh sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang wajar maka wujudlah jawatan Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping mengawal perjalanan urusniaga negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai tenaga utama untuk mengawal keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini.

Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan entrepot. Hal-ehwal pelabuhan yang semakin kompleks dengan urusniaga, dan menjadi nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan Undang-Undang Melaka meletakkan taraf jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk melancarkan aktiviti perdagangan.nJawatan dan institusi Laksamana pula wujud semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah ( 1456-1477 ). Jawatan ini pada awalnya ‘ditempelkan’ oleh Ratu Majapahit, kemudian diformalkan oleh Sultan Mansor Syah. Orang yang pertama menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah. Kedudukan jawatan ini di istana adalah setara dengan Seri Bija Diraja kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan secara bergilir-gilir. Oleh yang demikian, tugas dan bidang kuasa Laksamana adalah sama dengan tugas Seri Bija Diraja. Tetapi apabila institusi Laksamana ini semakin kukuh dan berpengaruh di Melaka, taraf jawatan Seri Bija Diraja pula didapati semakin menurun.




No comments:

Post a Comment