KESULTANAN MELAYU MELAKA
KERAJAAN MELAKA
Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu
yang tertua dalam sejarah Malaysia. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan
kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara. Kerajaan ini
muncul antara abad ke- 7 ke ke-13 Masihi, Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan
maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan China.
Sriwijaya merukan pusat anutan dan penyebaran agama Hindu- Buddha setta
pengajian bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu dikenali sebagai 'Bahasa Melayu Kuno'
juga berkembang dan dipratikkan dengan meluas pada zaman ini.
PENGASASAN KESULTANAN MELAKA
Melaka diasaskan pada awal abad ke- 15. Pada tahun 1391,
kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit. Hal ini menyebabkan
putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya
mengundurkan diri hingga ke Temasik (Singapura). Gambar di bawah menunjukkan
ilustrasi wajah Parameswara.
Pada waktu itu, Singapura telah pun mempunyai politik yang
tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya,Siam. Pemerintah atau
penguasa tempatannya yang bernama Sang Aji Singapura,iaitu menantu kepada Raja
Siam sendiri. Setelah menewas Sang Aji Singapura, Parameswara telah bertakhta
di Singapura. Namun Ayudhya telah membuat serangan balas ke atas Singapura pada
tahun 1398. Kemudian, Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri ke
Muar, Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400. Namun
begitu, terdapat pelbagai pandangan sarjana yang menyatakan Kerajaan Melaka
diasaskanpada trahun 1262. Tarikh baru inilahir ekoran kajian yg mendalam
terhadap naskhah Melayu agong, iaitu Sulalatus Salatin.
KETIBAAN PARAMESWARA DI MELAKA
Mengikut catatan sejarah, dikisahkan bahawa, pada suatu
ketika dulu, ketika Parameswara dan hulubalangnya sedang berburu di hutan,
baginda berasa penat dan baginda berkenan untuk berehat sebentar di bawah pokok
yang berhadapan dengan sebatang anak sungai. tiba- tiba, sewaktu baginda
berehat, baginda dikejutkan dengan suatu peristiwa yang aneh bahawa seekor
kancil putih kecil yang berdiri di atas sebatang pokok tumbang, telah menendang
kedua- dua ekor anjing buruan baginda dengan kuat sehingga jatuh ke dalam
sungai. Baginda berasa sungguh kagum
dengan keberanian kancil itu. baginda juga dapat merasakan kejadian tersebut
merupakan petunjuk yang baik. dengan itu, baginda menamakan tempat itu sebagai
'Malaka', yang merupakan nama pohon yang disandarnya. Terdapat juga pandangan
lain yang menyatakan nama Melaka berasal dari istilah Arab iaitu 'Malaqat' yang
membawa maksud tempat perlindungan.
PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA
Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan ialah
raja. Gambar di bawah ini menunjukkan nama-nama pemerintah dan tempoh
pemerintahan di Melaka.
Sistem pemerintahan yang digunakan di Melaka dikenali
sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.
Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai
pentadbiran yang tersusun sepamjang tempoh kekuasaannya. Sultan mempunyai
perkenan melantik para pembesar yang berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana,
undang-undang dan peraturan, menghakimi perbicaraan, mengawal keselamatan,
mentadbir hal ehwal pelabuhan, merancang hubungan antarabangsa serta
melaksanakan protokol dan adat istiadat istana.Raja dibantu oleh sesebuah organisasi
yang tersusun dengan hierarki dan fungsi masing- masing.
FUNGSI EMPAT PEMBESAR UTAMA KERAJAAN MELAYU MELAKA
1. Bendahara:-
Penasihat kanan raja
2. Penghulu Bendahari:- Mengawal perebendaharaan negara,
memungut cukai dan hasil negara dan menyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi
semua syahbandar
3. Temenggung:- Ketua undang-undang peraturan negeri dan
keselamatan.
Selain empat orang pentadbir ini, wujud golongan pentadbir
lain yang kurang pentingnya seperti syahbandar sebagai pegawai pelabuhan,
hulubalang besar sebagai panglima perang , ulama, mandulika, tentera, mantri,
Seri Bija Diraja, bentara, chetria, orang kaya dan bangsawan lain mewakili
pembesar 8,16, dan 32 tadi. Terdapat dua
undang- undang di Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang- undang Laut
Melaka.
MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG
Kerajaan Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai
sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan
jajahan dan undang- undang. Empayar Melaka dikatakan pernah menjadi pusat
perdagangan dunia. Hal ini kerana kedudukan Melaka yang strategik. Kegiatan
perdagangan yang pesat turut menggalakkan penyebaran agama Islam dan Melaka
juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat
galakan dari pihak istana.
FAKTOR- FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA
1. FAKTOR SEMULAJADI
- Kedudukan pelabuhan Melaka yg strategik di mana terlindung
dari pertembungan angin monsun.
- Melaka juga dipengaruhi dengan kekayaan sumber asli seperti
kayu-kayan, rotan dan sebagainya
2.FAKTOR EKONOMI
- Melaka dilimpahi dengan kemewahan barang-barang dagangan dari negara luar .
3.FAKTOR POLITIK DAN PENTADBIRAN
- Melaka memperolehi perlindungan daripada China
- Melaka mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang
lengkap.
- Melaka juga mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang
tersusun.
KEJATUHAN MELAKA
1. FAKTOR- FAKTOR DALAMAN
- Kelemahan pemerintah Melaka-
- Kelemahan sistem pertahanan semenjak ketiadaan pahlawan
terbilang Hang Tuah dan Tun Hamzah
- Kurangnya perpaduan rakyat Melaka-Pembesar dan rakyat
hidup berpuak-puak, wujud puak tua dan puak muda.
- Sikap pembesar yang tidak adil seperti mengenakan cukai
yang tinggi kepada poedagang- pedagang.
- Pegangan agama yang lemah yang disebebkan oleh kurangnya
penghayatan agama oleh sesetengah pembesar dan rakyat adalah nipis.
2. FAKTOR-FAKTOR LUARAN
- Penemuan Tanjung Pengharapan menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan tapak perdagangan di Timur. Keinginan Portugis untuk menguasai pelabuhan Melaka atas faktor memonopoli dagangan rempah, menyekat penguasaan dagangan pedagang Islam dan menyebarkan agama Kristian.
- Pengkhianatan dalam kalangan pembesar seperti Utimutiraja, seorang pemimpin Jawa yang membelot dengan membawa askarnya bagi pihak Portugis.
- Perisikan dan intipanyang dilaukan oleh pihak Portugis sehingga pelan kota Melaka dapat disalur keluar.
2. FAKTOR-FAKTOR LUARAN
- Penemuan Tanjung Pengharapan menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan tapak perdagangan di Timur. Keinginan Portugis untuk menguasai pelabuhan Melaka atas faktor memonopoli dagangan rempah, menyekat penguasaan dagangan pedagang Islam dan menyebarkan agama Kristian.
- Pengkhianatan dalam kalangan pembesar seperti Utimutiraja, seorang pemimpin Jawa yang membelot dengan membawa askarnya bagi pihak Portugis.
- Perisikan dan intipanyang dilaukan oleh pihak Portugis sehingga pelan kota Melaka dapat disalur keluar.
No comments:
Post a Comment