Wednesday, 17 February 2016

KESIMPULAN


Secara keseluruhan didapati Zaman Kesultanan Melayu Melaka menjadi titik tolak yang penting dalam lipatan sejarah di Malaysia. Titik tolak ini bermulanya pada era perkembangan pendidikan kerana kemasyhuran Melaka sebagai sebuah institusi pendidikan awal pada masa itu. Ini dapat dilihat melalui bukti-bukti yang telah menjadi sumber rujukan pertama seperti Batu Bersurat, aktiviti perdagangan (sukatan & timbangan), sistem mata wang dan perkembangan agama Islam (tulisan jawi) dan lain-lain
PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA PADA TAHAP AWAL

Apabila  membuka petempatan di Melaka, Parameswara mula menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan Melaka menjadi sebuah tapak perdagangan antarabangsa. Pada tahun 1403, Duta Yin Ching telah membawa sebuah prasasti yang mengandungi falsafah kemaharajaan China dalam persoalan akhlak dan politik serta harapan China agar negara yang dilindungi sentiasa dalam kemakmuran. Melaka merupakan kerajaan luar yang pertama yang menerima hadiah seumpama ini. Pada tahun 1405, utusan Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke China dan dengan itu, kedaulatan Melaka diiktiraf dan Prameswara ditabalkan sebagai raja. Selain pengiktirafan, Melaka juga mendapat perlindungan keselamatan melalui hubungan dari China.







PERKEMBANGAN POLITIK MELAKA

Kestabilan politik melaka pada peringkat awal dikatakan bermula daripada kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parameswara yang bijak yang memeritah dan mentadbir politik Melaka.Hal ini kerana parameswara mempunyai pengalaman berpolitik dan mentadbir ,iaitu pengalaman semasa memjadi Raja di Palembang dan Singapura yang membolehkan Parameswara marancang skema untuk memajukan Melaka. Dalam mengawal dan menstabilkan politik,Sultan memainkan peranan yang terpenting .Sultan menduduki heiraki teratas yang berkuasa mutlak,hal ini dapat dilihat kerana Sultan mempunyai kuasa dalam semua perkara.Cotohnya Sultan berhak menjatuhkan apa sahaja hukuman terhadap pesalah dan penderhaka.Pelantikan Sultan adalah bardasarkan keturunan iaitu dimana putera sulung akan menggantikan Sultan dalam pentadbiran negeri selapas kemangkatan sultan. Secara umum, hierarki para pembesar ini adalah seperti berikut:

(a) Bendahara
Bendahara adalah bapa mentua raja. Tokoh yang pertama menjadi Bendahara Melaka bergelar Seri Wak Raja.

(b) Perdana Menteri
Penyandang jawatan ini adalah kerabat diraja juga, iaitu Raja Anum. Gelarannya ialah Seri Amar Diraja. Sejarah Melayu versi tahun 1612 menyebut bahawa tokoh yang kedua menyandang jawatan ini ialah Tun Perpatih Besar anak Tun Perpatih Permuka Bejajar, Bendahara Singapura yang pertama.

(c) Penghulu Bendahari
Penghulu Bendahari adalah menantu Bendahara. Penyandangnya juga adalah daripada kalangan Kerabat diraja, iaitu Raja Kecil Muda dan bergelar Seri Nara Diraja. Seperti yang telah disebutkan lebih awal, pembesar-pembesar utama ini dibantu oleh pembesar-pembesar seperti bentara, sida-sida dan para Biduanda. Kemuncak sistem berkerajaan ini ialah raja. Baginda digelar Raja atau Duli Yang Dipertuan. Gelaran Sultan mula digunakan apabila Seri Maharaja menjadi Raja Melaka yang ketiga dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Baginda dikelilingi oleh kerabatnya sendiri yang termasuk keluarganya, seorang Bendahara dan penghulu Bendahari terawal yang merupakan adinda raja kerabat yang terhampir. Tome Pires melaporkan bahawa ketika Parameswara berangkat dari Muar ke Melaka, baginda pernah berkata, “with my wife and house” Sistem Pentadbiran Melaka semakin berkembang dan bersistematik selaras dengan perkembangan dan kekompleksan kerajaannya. Bilangan para pembesar yang paling asas yang diwarisi sejak zaman Singapura dahulu bertambah dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan kehendak dan kehendak sosial, politik dan ekonomi semasa. Raja Melaka yang kedua, Raja Besar Muda ( Megat Iskandar Syah ) disebut oleh Sejarah Melayu sebagai ‘memerintah istiadat takhta kerajaan baginda’. Antara peraturan yang ditentukan oleh baginda ialah mewujudkan menteri yang bertanggungjawab menyusun istiadat di Balairung, melantik para bentara yang bertugas di Balairung dan melantik para biduanda.Tokoh yang memainkan peranan untuk melengkapkan lagi istiadat dan sistem pentadbiran ialah Raja Kecil Besar (Sultan Muhammad Syah, 1424-1444 T.M.)

Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah Temenggung dan Seri Bija Diraja. Keadaan pada masa itu memerlukan kedua-dua jawatan ini diwujudkan kerana masyarakat serta corak bandar Melaka yang semakin kompleks. Oleh sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang wajar maka wujudlah jawatan Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping mengawal perjalanan urusniaga negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai tenaga utama untuk mengawal keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini.

Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan entrepot. Hal-ehwal pelabuhan yang semakin kompleks dengan urusniaga, dan menjadi nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan Undang-Undang Melaka meletakkan taraf jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk melancarkan aktiviti perdagangan.nJawatan dan institusi Laksamana pula wujud semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah ( 1456-1477 ). Jawatan ini pada awalnya ‘ditempelkan’ oleh Ratu Majapahit, kemudian diformalkan oleh Sultan Mansor Syah. Orang yang pertama menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah. Kedudukan jawatan ini di istana adalah setara dengan Seri Bija Diraja kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan secara bergilir-gilir. Oleh yang demikian, tugas dan bidang kuasa Laksamana adalah sama dengan tugas Seri Bija Diraja. Tetapi apabila institusi Laksamana ini semakin kukuh dan berpengaruh di Melaka, taraf jawatan Seri Bija Diraja pula didapati semakin menurun.




KESULTANAN MELAYU MELAKA 

KERAJAAN MELAKA

Kesultanan Melayu Melaka merupakan sebuah kesultanan Melayu yang tertua dalam sejarah Malaysia. Kesultanan Melayu Melaka merupakan warisan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara. Kerajaan ini muncul antara abad ke- 7 ke ke-13 Masihi, Sriwijaya merupakan sebuah kerajaan maritim dan mengendalikan perdagangan dengan India, Asia Barat dan China. Sriwijaya merukan pusat anutan dan penyebaran agama Hindu- Buddha setta pengajian bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu dikenali sebagai 'Bahasa Melayu Kuno' juga berkembang dan dipratikkan dengan meluas pada zaman ini.





PENGASASAN KESULTANAN MELAKA

Melaka diasaskan pada awal abad ke- 15. Pada tahun 1391, kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit. Hal ini menyebabkan putera raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke Temasik (Singapura). Gambar di bawah menunjukkan ilustrasi wajah Parameswara.




Pada waktu itu, Singapura telah pun mempunyai politik yang tersendiri yang bernaung di bawah kerajaan Ayudhya,Siam. Pemerintah atau penguasa tempatannya yang bernama Sang Aji Singapura,iaitu menantu kepada Raja Siam sendiri. Setelah menewas Sang Aji Singapura, Parameswara telah bertakhta di Singapura. Namun Ayudhya telah membuat serangan balas ke atas Singapura pada tahun 1398. Kemudian, Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri ke Muar, Sening Hujung, Bertam dan akhirnya di Melaka sekitar tahun 1400. Namun begitu, terdapat pelbagai pandangan sarjana yang menyatakan Kerajaan Melaka diasaskanpada trahun 1262. Tarikh baru inilahir ekoran kajian yg mendalam terhadap naskhah Melayu agong, iaitu Sulalatus Salatin.



 Sulalatus Salatin, Edisi Raffles MS 18


KETIBAAN PARAMESWARA DI MELAKA





Mengikut catatan sejarah, dikisahkan bahawa, pada suatu ketika dulu, ketika Parameswara dan hulubalangnya sedang berburu di hutan, baginda berasa penat dan baginda berkenan untuk berehat sebentar di bawah pokok yang berhadapan dengan sebatang anak sungai. tiba- tiba, sewaktu baginda berehat, baginda dikejutkan dengan suatu peristiwa yang aneh bahawa seekor kancil putih kecil yang berdiri di atas sebatang pokok tumbang, telah menendang kedua- dua ekor anjing buruan baginda dengan kuat sehingga jatuh ke dalam sungai.  Baginda berasa sungguh kagum dengan keberanian kancil itu. baginda juga dapat merasakan kejadian tersebut merupakan petunjuk yang baik. dengan itu, baginda menamakan tempat itu sebagai 'Malaka', yang merupakan nama pohon yang disandarnya. Terdapat juga pandangan lain yang menyatakan nama Melaka berasal dari istilah Arab iaitu 'Malaqat' yang membawa maksud tempat perlindungan.


PEMERINTAHAN KERAJAAN MELAKA

Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan ialah raja. Gambar di bawah ini menunjukkan nama-nama pemerintah dan tempoh pemerintahan di Melaka.



Sistem pemerintahan yang digunakan di Melaka dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan.




Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang tersusun sepamjang tempoh kekuasaannya. Sultan mempunyai perkenan melantik para pembesar yang berfungsi sebagai pentadbir, pelaksana, undang-undang dan peraturan, menghakimi perbicaraan, mengawal keselamatan, mentadbir hal ehwal pelabuhan, merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protokol dan adat istiadat istana.Raja dibantu oleh sesebuah organisasi yang tersusun dengan hierarki dan fungsi masing- masing.

FUNGSI EMPAT PEMBESAR UTAMA KERAJAAN MELAYU MELAKA

1. Bendahara:- Penasihat kanan raja
2. Penghulu Bendahari:- Mengawal perebendaharaan negara, memungut cukai dan hasil negara dan menyimpan daftar hamba raja dan ketua bagi semua syahbandar
3. Temenggung:- Ketua undang-undang peraturan negeri dan keselamatan.
4. Laksamana:- Pahlawan dalam peperangan, terutama di laut.





Selain empat orang pentadbir ini, wujud golongan pentadbir lain yang kurang pentingnya seperti syahbandar sebagai pegawai pelabuhan, hulubalang besar sebagai panglima perang , ulama, mandulika, tentera, mantri, Seri Bija Diraja, bentara, chetria, orang kaya dan bangsawan lain mewakili pembesar 8,16, dan 32 tadi.  Terdapat dua undang- undang di Melaka iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang- undang Laut Melaka.

MELAKA SEBAGAI SEBUAH KERAJAAN AGUNG

Kerajaan Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang- undang. Empayar Melaka dikatakan pernah menjadi pusat perdagangan dunia. Hal ini kerana kedudukan Melaka yang strategik. Kegiatan perdagangan yang pesat turut menggalakkan penyebaran agama Islam dan Melaka juga berkembang menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan dari pihak istana.

FAKTOR- FAKTOR KEGEMILANGAN MELAKA


1. FAKTOR SEMULAJADI
Kedudukan pelabuhan Melaka yg strategik di mana terlindung dari pertembungan angin monsun.
Melaka juga dipengaruhi dengan kekayaan sumber asli seperti kayu-kayan, rotan dan sebagainya

2.FAKTOR EKONOMI
- Melaka dilimpahi dengan kemewahan barang-barang dagangan dari negara luar .


3.FAKTOR POLITIK DAN PENTADBIRAN
- Melaka memperolehi perlindungan daripada China
 Melaka mempunyai ciri keselamatan dan ketenteraan yang lengkap.
 - Melaka juga mempunyai sistem perbendaharaan kerajaan yang tersusun.



KEJATUHAN MELAKA



1. FAKTOR- FAKTOR DALAMAN

Kelemahan pemerintah Melaka-
- Kelemahan sistem pertahanan semenjak ketiadaan pahlawan terbilang Hang Tuah dan Tun Hamzah
Kurangnya perpaduan rakyat Melaka-Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak, wujud puak tua dan puak muda. 
- Sikap pembesar yang tidak adil seperti mengenakan cukai yang tinggi kepada poedagang- pedagang.
Pegangan agama yang lemah yang disebebkan oleh kurangnya penghayatan agama oleh sesetengah pembesar dan rakyat adalah nipis.

2. FAKTOR-FAKTOR LUARAN

- Penemuan Tanjung Pengharapan menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan tapak perdagangan di Timur. Keinginan Portugis untuk menguasai pelabuhan Melaka atas faktor memonopoli dagangan rempah, menyekat penguasaan dagangan pedagang Islam dan menyebarkan agama Kristian.
- Pengkhianatan dalam kalangan pembesar seperti Utimutiraja, seorang pemimpin Jawa yang membelot dengan membawa askarnya bagi pihak Portugis.
- Perisikan dan intipanyang dilaukan oleh pihak Portugis sehingga pelan kota Melaka dapat disalur keluar.











Zaman Kesultanan Melayu Melaka





Rujukan:
sumber Youtube https://www.youtube.com/watch?v=YwXzcLaUkzg
Nama Ahli Kumpulan:

1. Muhanis Binti Zakaria
(16DKA15F2023)

2. Nur Aida Syasya Binti Zainatul Azman
(16DKA15F2014)

3. Anis Shafiqah Binti Abdul Halim
(16DKA15F2032)

4. Sarah Liyana Van Weelden


(16DKA15F2013)